KUALA LUMPUR: Penentuan tarikh sambutan Hari Raya di negara ini berdasarkan kriteria apabila kenampakan anak bulan berada pada ketinggian tiga darjah dan 6.4 lengkungan yang dicerap pada 29 Ramadan setiap tahun.
Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Prof Madya Luqman Abdullah berkata di Malaysia penentuan tarikh Hari Raya adalah melalui kaedah gabungan antara ilmu Hisab (kiraan) dan Rukyah (anak bulan) atau lebih dikenali Imkanur-Rukyah iaitu menepati kadar tinggi hilal dan jarak lengkung antara hilal (sabit pertama selepas ijtima') dan matahari.
"Penetapan kita adalah berdasarkan kepada hukum syarak di mana pada 29 Ramadan akan dibuat cerapan anak bulan untuk dilihat sama ada hari raya pada keesokan harinya ataupun kalau anak bulan tidak kelihatan maka akan beraya pada lusa.
"Jadi itu yang kita amalkan selama berpuluh tahun dan sepatutnya tidak timbul isu tentang perkara ini, yang menjadi isu apabila ada pihak membawa pandangan negara lain yang berasaskan kepada pengiraan negara lain dan yang baru ini mengatakan bahawa raya pada hari Jumaat," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Luqman berkata melalui pemerhatian yang dijalankan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bersama beberapa agensi yang terlibat menunjukkan bahawa saiz anak bulan yang dijangka adalah dua darjah dan memustahilkan untuk hari raya jatuh pada hari Jumaat.
"Berdasarkan kepada pengiraan kita pada 29 Ramadan ini pada hari Khamis ketinggian anak bulan tidak mencapai kriteria itu lagi iaitu berada pada ketinggian dua darjah, kebiasaanya pada 29 belum nampak lagi dan dari segi pengiraan adalah tipis dan tak mungkin akan nampak anak bulan.
"Bagaimanapun kita bergantung juga pada kuasa Allah, sebab itu pada pengiraan semasa kita katakan raya adalah pada hari raya Sabtu tetapi pengesahan yang tepat bergantung kepada kenampakkan anak bulan pada 29 Ramadan, kita hanya jangkakan hari raya mengikut keadaan semasa berdasarkan Imkanur-Rukyah," katanya.
Luqman berkata jangkaan yang berada pada takwin semasa kini berpandukan perkembangan ilmu astronomi dan pejabat mufti sememangnya sentiasa berbincang bersama bahagian astronomi Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem) mengenai data berkenaan.
"Apa yang berlaku pada tahun lepas adalah apabila jangkaan yang dibuat adalah lima darjah iaitu hampir dengan kriteria yang telah ditetapkan dengan ketinggian tiga darjah dan 6.4 lengkungan.
"Ketika itu juga kebolehnampakan anak bulan begitu jelas dengan keadaan cuaca yang cerah, tiada awan yang melindungi anak bulan," katanya.
Beliau berkata selain itu tarikh Hari Raya mestilah bergantung kepada pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada 29 Ramadan 1444H bersamaan 20 April ini bagi penentuan tarikh permulaan 1 Syawal.
"Maklumat daripada 29 lokasi cerap anak bulan di seluruh Malaysia akan dikumpulkan selepas itu akan dilaporkan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja barulah umumkan kepada masyarakat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 13 2023
Melalui pemerhatian Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bersama beberapa agensi yang terlibat menunjukkan bahawa saiz anak bulan yang dijangka adalah dua darjah dan memustahilkan untuk hari raya jatuh pada hari Jumaat.- Fail/BERNAMA
Program Kita-Untuk Kita Think City bentuk pemimpin muda berkualiti
Think City telah menganjurkan Sidang Anak Muda K2K Sidang pertama pada 11 Mei 2024 bertempat di Dewan Tuna, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Cyberjaya.
Malaysia berhasrat jalin kerjasama dengan Republik Kyrgyz, terokai pelbagai bidang
Anwar menyifatkan lawatan beliau ke Republik Kyrgyz sebagai amat penting dan berkata Malaysia berhasrat untuk menjalin kerjasama dengan negara dikelilingi daratan itu dalam pelbagai bidang.
Pegawai kastam mengaku tidak bersalah terima rasuah RM69,350
Seorang pegawai JKDM mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas 43 pertuduhan menerima rasuah berjumlah keseluruhan RM69,350 dari 2017 hingga 2022.
10 Berita Pilihan - (15 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perdana Menteri Slovakia cedera ditembak, lapor media kerajaan
Seorang penyerang melepaskan beberapa das tembakan di hadapan House of Culture di pusat bandar Handlova.
Buah-buahan Malaysia buat penampilan pertama di Namibia
Acara yang diadakan di kompleks diplomatik itu mempamerkan mangga harum manis, nangka, nanas MD2, jambu lohan dan limau bali.
AWANI Ringkas: Perdana Menteri Singapura
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggu masa sesuai elak spekulasi inflasi - Rafizi
Data dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) telah sedia untuk kerajaan melaksanakan program rakyat termasuk subsidi bersasar pada bila-bila masa, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
AWANI Ringkas: Seleweng Projek RM1.2 Bilion
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selangor negeri kelapan terima pakai Akta 672 - Nga
Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) di negeri itu.
Jakim sangkal laporan cerapan 1 Syawal 1443H tidak sah
Laporan yang menyatakan hasil cerapan 1 Syawal 1443H yang ditetapkan pada 2 Mei 2022 tidak sah dan terbatal, adalah tidak benar, menurut Jakim.
Jakim nafi keluar poster tarikh Hari Raya Aidilfitri
Jakim menafikan pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai penetapan tarikh Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 1444H/2023.